EUR/JPY - Analisis Gelombang Elliott untuk 27 September - 2012

Tahap Sokongan dan Rintangan Hari Ini:

S1: 99.70 R1: 100.16

S2: 99.48 R2: 100.46

S3: 98.98 R3: 101.05

Gambaran Teknikal:

Kemerosotan dari tahap 103.85 mungkin telah menyebabkan penurunan baji yang kebiasaanya akan di ikuti oleh pergerakan pantas di arah bertentangan sesudah ia selesai dan ia seharusnya tidak terlalu lama. Walau bagaimanapun, untuk memastikan bahawa pembetulan dari tahap 103.85 telah berakhir, kita perlu melepasi di atas tahap 100.46 dan yang lebih penting pada tahap 101.05.Penembusan di atas tahap ini akan mengesahkan penurunan dan penarikan semula ke arah tahap 103.85 akan berlaku. Semalam saya berkata bahawa pembetulan ini telah memenuhi sasaran harganya, tetapi belum lagi untuk sasaran masa, tetapi kita semakin hampir kepadanya dan saya lebih cenderung untuk melihat pembetulan pada 103.85-99.70 sebagai gelombang 4 sekarang. Walau bagaimanapun, kita perlu berhenti di atas tahap 100.46 untuk mengurangkan tekanan penurunan. Selagi rintangan kecil pada tahap 100.46 melindungi bahagian atas, risiko untuk penurunan ke bahagian bawah dan menghampiri pada tahap 99.48 dan mungkin juga pada 98.98, tetapi ia merupakan sesuatu yang tidak diduga.

Ramalan Dagangan:

Anda seharusnya beli mata wang EUR pada 100.20 dengan SL pada 99.48. Sekiranya anda tidak beli mata wang EUR lagi, tunggu sehingga mencapai tahap di atas 100.46 sebelum beli dengan stop loss yang sama.