Analisis Teknikal NZD/USD untuk 02 Februari, 2016

Gambaran keseluruhan:

Aliran pergerakan bagi pasangan mata wang NZD/USD adalah kontroversi kerana ia berlaku dalam saluran mendatar yang sempit, pasaran menunjukkan tanda-tanda ketidakstabilan. Berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa sebelumnya, harga masih bergerak di antara tahap 0.6558 dan 0.6446. Juga, adalah perlu diingatkan bahawa rintangan harian dan sokongan masing-masing terletak pada tahap 0.6558 dan 0.6446. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang agar lebih berhati-hati semasa membuka pesanan dalam pasaran pasangan mata wang ini. Oleh itu, ia adalah perlu untuk menunggu sehingga saluran mendatar selesai. Semalam, pasaran dilihat telah bergerak daripada bahagian bawah 0.6449 dan terus meningkat ke arah bahagian atas 0.6524. Hari ini, berdasarkan kepada carta 1H, kenaikan semasa akan kekal dalam rangka pembetulan. Walau bagaimanapun, jika pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi tahap 0.6558, maka pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap rintangan yang kukuh 0.6558 (tahap 0.6558 adalah bertepatan dengan 'double bottom'). Oleh kerana tiada pergerakkan baru pada pasangan mata wang ini, ia masih tidak menaik. Dalam hal ini, tawaran menjual adalah disyorkan pada tahap harga yang lebih rendah daripada tahap 0.6558 dengan sasaran pertama terletak pada tahap 0.6446. Jika arah aliran berjaya menembusi tahap sokongan 0.6446, maka pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan bergerak ke tahap yang lebih rendah dan meneruskan pembangunan aliran menurun ke tahap 0.6410 untuk menguji tahap sokongan harian 2 (garis hijau mendatar).