Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga di atas tahap 172.50. Pasangan mata wang ini kekal berdagang di atas sokongan utama pada tahap 172.50 dan pada masa ini harga disokong oleh kenaikan purata pergerakan tempoh 50. Sementara itu, indeks kekuatan relatif tidak mempunyai momentum menurun. Oleh itu, kesinambungan kenaikkan harga yang seterusnya adalah diramalkan dengan rintangan mendatar seterusnya dan pertindihan harga ditetapkan pada tahap 175 mulanya. Penembusan harga di atas tahap ini akan mendorong harga untuk melanjutkan aliran menaik ke tahap yang lebih tinggi menuju ke arah tahap 176.20 dalam lanjutan.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 175 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 176.20. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 171.20 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 170. Titik pangsi terletak pada tahap 172.50.
Tahap Rintangan: 175, 176.20, 177
Tahap Sokongan: 171.20, 170, 169.40