Analisis Teknikal USD/CHF untuk 10 Februari, 2016

Gambaran Keseluruhan:

Semalam, pasangan mata wang USD/CHF jatuh mendadak daripada tahap 0.9908 ke arah 0.9694. Kini, harga ditetapkan pada tahap 0.9737. Berdasarkan kepada carta 4H, rintangan bagi pasangan mata wang USD/CHF dilihat terletak pada tahap 0.9795 dan 0.9826. Adalah perlu diingatkan kepada para pedagang bahawa volatiliti harga adalah sangat tinggi sebagaimana pasangan mata wang USD/CHF dilihat masih bergerak diantara tahap 0.9694 dan 0.9795 dalam tempoh beberapa jam yang akan datang. Selain itu, spot harga 0.9795/0.9826 kekal sebagai zon rintangan ketara. Oleh itu, terdapat kemungkinan bahawa pasangan mata wang USD/CHF ini akan bergerak ke arah bawah dan struktur penurunan harga tidak kelihatan seperti corak pembetulan. Untuk mendapatkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.9795/0.9826, tawaran menjual di bawah tahap 0.9795 atau 0.9826 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9694 untuk menguji bahagian bawah semalam. Selain itu, sekiranya pasangan mata wang USD/CHF ini berjaya menembusi bahagian bawah pada tahap 0.9694, maka pasaran akan jatuh ke tahap 0.9695 untuk menguji tahap sokongan mingguan 2. Selain itu, para pedagang diingatkan bahawa tahap sokongan 1 dilihat terletak pada 0.9795 yang mana ia adalah bertepatan dengan titik pangsi harian.