Analisis Gelombang Elliott EUR/NZD untuk 11 Februari, 2016

Ringkasan Gelombang:

Pembetulan harga daripada tahap 1.7144 telah menjadi lebih kompleks daripada apa yang dijangkakan, walau bagaimanapun ia masih tidak mengubah perkiraan pilihan kami, iaitu kenaikkan impulsif yang lebih tinggi ke tahap 1.7273 dan kemudianya ke tahap 1.8020 sebagai sasaran kenaikkan harga yang seterusnya.

Kekurangan tekanan menaik impulsif yang kuat amat mengecewakan, tetapi kita hanya perlu bersabar kerana ia akan dilihat juga nanti.

Sokongan jangka pendek dilihat terletak pada tahap 1.6835 dan diikuti pada tahap 1.6744, yang ideal untuk melindungi aliran penurunan harga bagi membolehkan harga menembusi di atas tahap rintangan kecil 1.6957 sekaligus menyatakan kenaikkan harga seterusnya yang lebih tinggi ke arah 1.7273.

Cadangan Perdagangan:

Stop loss pada tahap pulang modal telah dicapai. Kami kini sedang mencari peluang baru untuk mengambil tawaran membeli EUR pada tahap 1.6865 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 1.6955. Stop loss akan diletakkan pada tahap 1.6735.