EMAS Analisis Urusniaga Teknikal

Emas ketika ini sedang menguji rintangan pertengahan bagi saluran kenaikkan sederhana pada 1.791 dan kelihatan seperti mula untuk menurun.Walaubagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan melepaskan potensi yang besar dan mencecah had atas salurannya pada 1.805.Penanda teknikal menyediakan isyarat beli dan sehingga tahap rintangan tidak ditembusi,andaian penurunan adalah yang paling mungkin.Bollinger band telah diketat kuat beberapa hari ini menunjukkan penurunan dalam turun naik dan kesegeraan pergerakkan yang ganas.Selain itu,emas berkembang pada tahap yang lebih tinggi yang menyokong hipotesis untuk pergerakkan yang ganas jika ianya ditembusi.Emas sekarang sedang menguji had rintangan pertengahan saluran,kami mencadangkan 2 senario:yang pertama adalah hipotesis untuk penurunan dimana kami mencadangkan untuk jual pada tahap 1.791 dengan objektif 1 pada 1.781 dan kemudian pada 1.778.Penembusan pada 1.794 akan membatalkan senario ini.Senario yang kedua adalah penembusan rintangan dimana kami mencadangkan "buy stop" bermakna membeli emas sejurus selepas ia menembusi tahap sokongan pada 1.791 dengan objektif 1 pada 1.801 dan kemudian pada 1.805.Penembusan 1.788 akan membatalkan senario ini.