Gambaran keseluruhan:
Baru-baru ini, pasangan mata wang EUR/NZD telah didagangkan dalam aliran menurun. Seperti yang saya jangkakan, harga dilihat telag menguji tahap 1.6785 pada jumlah yang tinggi. Berdasarkan kepada carta harian, saya mendapati terdapat penurunan harga yang ketara dan permintaan mengatasi bekalan. Menurut carta 4 jam, saya mendapati tahap rintangan yang kukuh terletak pada tahap 1.7200 dan terdapat penolakan harga yang kuat. Oleh yang demikian, para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EUR/NZD pada tahap harga ini dan perhatikan peluang untuk mengambil pesanan jualan yang berpotensi. Saya meletakkan lanjutan Fibonacci untuk mencari tahap sokongan yang berpotensi (tahap Take Profit). Saya mendapati bahawa lanjutan Fibonacci 61.8% terletak pada tahap 1.6750, lanjutan Fibonacci 100% pada tahap 1.6460 dan lanjutan Fibonacci 161.8% pada tahap 1.5985. Walau bagaimanapun, kita boleh melihat potensi ujian semula harga pada tahap 1.7110 dan 1.7150 sebelum harga melanjutkan aliran harga ke tahap yang rendah lagi. Perhatikan peluang jualan yang berpotensi sewaktu aliran menaik.
Titik Pangsi Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1.7120
R2: 1.7220
R3: 1.7390
Tahap Sokongan:
S1: 1.6780
S2: 1.6675
S3: 1.10
Cadangan Perdagangan: Permintaan yang mendadak pada jumlah ultra tinggi (Klimak belian yang berpotensi) kelihatan dalam pasaran. Berhati-hati apabila membeli pasangan mata wang EUR/NZD dan perhatikan peluang jualan yang berpotensi.