Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan melanjutkan kesinambungan lantunan harga. Jumaat lalu, saham-saham AS meningkat semula 2%, menghentikan penurunan sebanyak 5 sesi dagangan. Tenaga dan bahan saham adalah meningkat bersama-sama dengan harga minyak yang melambung tinggi. Minyak mentah Nymex menokok 12.3% kepada $ 29.44 setong, iaitu peratusan keuntungan harian yang terbesar sejak Februari, 2009. Saham kewangan, yang telah baru-baru ini menjunam lebih rendah, juga menikmati belian yang kukuh. The Dow Jones Industrial Average meningkat 2.0% kepada 15.973, S&P 500 meningkat 2.0% kepada 1864, manakala Komposit Nasdaq meningkat 1.7% kepada 4337.
Apabila sentimen pasaran bertambah baik, emas menurun 0.7% kepada $ 1238 auns, dan penanda aras Perbendaharaan 10 tahun hasil meningkat kepada 1.746% daripada 1.642% pada Khamis.
Sementara itu, dolar AS telah menebus sedikit kerugian pada minggu sebelumnya. Pasangan mata wang USD/JPY meningkat 0.7% kepada 113.20 selepas menteri kewangan Jepun memberikan amaran untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berbanding kenaikkan. Penurunan harga bagi pasangan mata wang EUR/USD menurun 0.6% kepada 1.1258 dan NZD/USD menjunam 1.3% kepada 0.6629. Sebaliknya, pasangan mata wang GBP/USD menokok 0.2% kepada 1.4505 dan USD/CAD susut 0.6% kepada 1.3845. Pasangan mata wang ini sedang meneruskan pemulihan harga dimulakan pada tahap rendah Jumaat terdahulu 111.63. Pasangan mata wang ini telah dibuka dengan jurang yang mendadak pagi ini, perdagangan di antara band Bollinger lebih tinggi dan purata pergerakkan tempoh 20(carta 30 minit). Purata pergerakkan tempoh 20 kekal berdagang di atas tempoh 50, manakala indeks kekuatan relatif urusniaga harian berdagang baik dalam kawasan membeli antara 50 dan 70. Selagi kecenderungan menaik berterusan, pasangan mata wang ini harus mencapai sasaran menaik pertama pada tahap 114.45 dan dalam lanjutan yang kedua pada tahap 115.25.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 114.45 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 115.25. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 112.35 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 111.60. Titik pangsi terletak pada tahap 113.00.
Tahap Rintangan: 114.45, 115.25, 115.85
Tahap Sokongan: 112.35, 111.60, 111.25