Walaupun pasangan mata wang menunjukkan pergerakan yang ragu-ragu pada minggu lepas, pasangan GBP/USD menunjukkan reaksi kukuh ke arah zon 1.6300 - 1.6350 mengesahkan senario penarikan semula penurunan harga seperti yang dijangkakan dalam artikel-artikel yang lepas.
Penurunan harga pembalikan bercorak Head dan Shoulder pada carta 4H yang telah disahkan pada hari Jumaat lalu membolehkan tahap 1.6060 masih belum dilepasi.
Hari ini, pasangan mata wang GBP/USD mungkin menunjukkan penutupan harian di bawah had saluran kenaikan harga yang lebih rendah yang mungkin akan menjadi petunjuk bagi pergerakan penurunan harga seterusnya ke arah tahap 1.6040 dan 1.5970 pada mulanya.
Sokongan: 1.6066, 1.6030, dan 1.5920.
Rintangan: 1.6130, 1.6270, 1.6315, dan 1.6350.
Urusniaga sokongan di sekitar tahap 1.6100 sepadan dengan penembusan bahagian belakang garisan arah aliran dan tahap 1.6030 bersamaan dengan had saluran 4H yang lebih rendah sedang diuji oleh lilin harian hari ini.
Sokongan jangka panjang dilihat sekitar tahap harga l dan 1.5920 (50% Tahap Fibonacci). Walau bagaimanapun, urusniaga rintangan yang kuat dijangka akan ditemui di sekitar tahap 1.6315 (78.6% Fibonacci).