Analisis Teknikal NZD/USD untuk 01 Mac, 2016

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Secara teknikalnya, pasangan mata wang ini dilihat masih mengukuh di bawah rintangan utama pada tahap 0.6640, dan berpotensi untuk menguji tahap rintangan sebagaimana indeks kekuatan relatif semakin menaik, mendorong harga untuk membuat lantunan teknikal. Walau bagaimanapun, kenaikkan ahrga diramalkan akan dihadkan oleh tahap 0.6640, kerana purata pergerakkan tempoh 50 kekal negatif, yang menunjukkan bahawa harga masih berpotensi untuk menurun. Kesimpulanya, di bawah tahap 0.6640, perhatikan pergerakkan penurunan harga baru ke arah tahap 0.6540 dan 0.6500 dalam lanjutan.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6540. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.65. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6640. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.6680 dan sasaran kedua pada tahap 0.6725.

Tahap Rintangan: 0.6680, 0.6725, 0.6765

Tahap Sokongan: 0.6540,0.65, 0.6465