Analisis Teknikal Emas untuk 09 Mac, 2016

Harga emas telah ditolak pada tahap $ 1,280 semalam sebagaimana aliran menaik tidak cukup kuat untuk mencapai tahap tinggi baru. Harga telah ditarik kembali ke arah sokongan jangka pendek. Senario kenaikan harga jangka pendek pada tahap tinggi yang lebih tinggi baru ke arah $ 1,300 masih sah selagi harga kekal berdagang di atas tahap $ 1,220.

Garis sokongan - Hitam

Harga emas kekal didagangkan dalam aliran menaik untuk dagangan jangka pendek. Sokongan didapati terletak pada tahap $ 1,245 bagi dagangan jangka pendek. Perubahan arah aliran harga adalah diramalkan jika harga berjaya menembusi di bawah garis sokongan hitam. Harga kini sedang didagangkan di atas Ichimoku cloud. Saya kekal yakin bahawa pergerakkan menaik daripada tahap $ 1,045 adalah isyarat pertama perubahan arah aliran jangka panjang.

Garis merah - baji condong menurun

Harga emas telah menembusi di atas Kumo mingguan (cloud) dan baji condong menurun jangka panjang. Ini adalah isyarat pergerakan menaik penting. Ini boleh memberi isyarat pembalikan harga jangka panjang. Emas kini berada di peringkat akhir keanikkan daripada tahap $ 1,045, oleh yang demikian para pedagang disyorkan agar lebih berhati-hati dengan aliran menaik dan tunggu sehingga penarikan semula harga berlaku untuk aliran menaik jangka panjang.