Harga emas berdagang lebih rendah semalam tetapi harga kekal di atas tahap kritikal dan tahap sokongan. Tahap $ 1,225 dan $ 1,240 kini bertindak sebagai sokongan, terutamanya sebagai tahap pertama. Oleh yang demikian, selagi emas berdagang di atas tahap itu, harga boleh ditolak ke arah tahap tinggi baru.
Garis biru - saluran penurunan harga
Harga emas kini didagangkan di dalam sebuah saluran penurunan harga jangka pendek. Harga kini menguji Kumo (cloud) pada carta 4-jam. Ini adalah merupakan kawasan sokongan jangka pendek. Sekiranya harga berjaya menembusi di bawah tahap $ 1,240, maka sokongan yang seterusnya terletak pada tahap $ 1,225 akan diuji. Dan ini adalah merupakan tahap sokongan yang paling utama. Rintangan dilihat terletak pada tahap $ 1,252. Penembusan harga di atas tahap ini akan membuka jalan bagi harga menolak ke arah tahap tinggi baru-baru ini.
Tiada yang baru diperhatikan pada carta mingguan. Harga kini sedang berdagang di atas Kumo (cloud). Oscillator berada pada tahap terlebh beli, walau bagaimanapun ia masih tiada perbezaan. Sokongan mingguan utama didapati terletak pada tahap $ 1,220- $ 1,200. Seperti yang telah saya nyatakan pada beberapa hari lalu, para pedagang perlu lebih berhati-hati dengan aliran menaik sebagaimana kenaikkan harga daripada tahap $ 1,045 berkemungkinan akan berakhir.