Gambaran makro global untuk 10/03/2016
ECB dijadualkan akan menyiarkan siaran berita yang sangat penting pada jam 01:30 GMT hari ini, dan persoalan utama yang berlegar-legar minda para peserta adalah: apa yang bakal ECB lakukan? ECB mungkin mempunyai spektrum pilihan yang agak baik. Mereka boleh mengurangkan lagi kadar kemudahan deposit, melanjutkan program QE, meningkatkan jumlah QE, memperkenalkan LTRO baru, pemotongan margin kemudahan pinjaman, atau memperkenalkan kadar faedah yang lebih negatif. Kesimpulannya, semua perhatian akan tertumpu kepada ECB hari ini sebagaimana Presiden Mario Draghi cuba untuk mengelakkan kesilapan masa lalu dan menyampaikan pakej pengurangan kewangan yang mampu membawa inflasi kembali ke arah sasaran di bawah tetapi hampir 2%. Ini bukan satu tugas yang mudah, kerana bank-bank pusat di seluruh dunia akan bersetuju, ia adalah jelas bahawa masih banyak yang perlu dilakukan kerana teras inflasi di kawasan euro pada masa ini ialah 0.7%, jauh di bawah tahap sasaran. Oleh yang demikian, terdapat beberapa senario untuk mesyuarat hari ini:
1. Senario paling agresif (ECB Bazooka dikeluarkan) - Mario Draghi akan mengurangkan kadar faedah, meningkatkan jumlah QE dan memperkenalkan kadar faedah negatif.
2. Senario ringan (yang akan memuaskan para pelabur) - pemotongan kadar faedah, lanjutan daripada program QE tanpa meningkatkan jumlah tersebut, tetapi tanpa had bawah.
3. Kegagalan senario (senario kekecewaan para pelabut) - pemotongan kadar faedah dan lanjutan dalam program QE.
Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal pasangan mata wang EUR/USD ini sebelum acara utama pada hari ini. Pasaran berkemungkinan akan mengikuti tiga senario seperti yang dinyatakan di atas:
- Senario 1 - pilihan utama - EUR/USD turun ke tahap 1.0709.
- Senario 2 - EUR/USD kekal dalam zon kesesakan di antara tahap 1.1067 dan 1.050.
- Senario 3 - Senario kekecewaan - kenaikkan pasangan mata wang EUR/USD ke arah ayunan tempatan pada tahap 1.1376.