Gambaran makro global untuk 14/03/2016:
Pertumbuhan pengeluaran industri China telah perlahan ke tahap yang paling lemah sejak krisis kewangan,mencetuskan kebimbangan terhadap pemulihan global.Menurut kepada Biro Statistik Negara,pengeluaran industri meningkat sebanyal 5.4% didalam Januari dan Februari (5.6% jangkaan;5.9% sebelumnya),prestasi terburuk sejak 2008.Selain itu,pertumbuhan jualan runcit perlahan kepada 10.2% daripada 10.8% sebulan yang lalu (dan 11.1% didalam Disember 2015).Data semasa juga menunjukkan bahawa eksport china menurun 25.4% pada Februari berbanding dengan bulan yang sama pada tahun lepas,penurunan terbesar sejak 2009.Secara kesimpulannya,dasar semasa menunjukkan kebimbangan terhadap keadaan ekonomi,dan majoriti pelabur mungkin akan mula untuk membeli aset yang lebih selamat seperti emas,yen atau Swiss franc.
Maka,bagaimana emas,aset yang paling selamat,melakukan pergerakkan daripada segi teknikal?Ianya kelihatan seperti kenaikkan telah kembali terkawal terhadap pasaran ini sebagai pergerakkan impulsif daripada double bottom pada 1,046 telah pun berakhir dengan 240 dolar lebih tinggi daripada 1,283.Ketika ini,pada carta harian,kita boleh lihat kecapahan penurunan diantara harga dan momentum oscillator,maka kitaran pembetulan yang bersifat sementara mungkin menolak harga dengan lebih rendah ke arah tahap 1,191.