Analisis Teknikal USD/CHF untuk 15 Mac, 2016

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramal akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi sebagai lantunan semula teknikal dijangka. Pasangan mata wang ini sedikit meninggi, dan berpotensi untuk mencabar rintangan pada tahap 0.9895 sewaktu sesi dagangan yang akan datang. Asas sokongan yang kuat di sekitar tahap 0.9800 telah dibentuk, dan harus menghadkan aliran penurunan harga. Tambahan pula, kenaikan pada purata pergerakan tempoh 50 yang kini bertindak sebagai peranan sokongan. Dalam prospek ini, di atas tahap 0.9800 ini, kami menjangkakan lantunan teknikal ke tahap 0.9940 dan 0.9995 dalam lanjutan.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9940 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 03.9995. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9755 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9725. Titik pangsi terletak pada tahap 0.980.

Tahap Rintangan: 0.9940, 0.9995, 1.0030

Tahap Sokongan: 0.9795, 0.9725, 0.9675