Ringkasan Gelombang:
Kami melihat penembusan kecil di atas tahap rintangan 1.6845, tetapi ia tidak cukup untuk mengesahkan kenaikkan impulsif seterusnya ke arah tahap 1.7220 yang sedang membangun. Walau bagaimanapun, kami mengharapkan sokongan kecil pada tahap 1.6616 akan dapat melindungi lonjakan penurunan harga baru di atas tahap 1.6845 untuk jangkaan kenaikkan ke tahap 1.7220 dan lebih tinggi.
Penembusan harga di bawah tahap 1.6616 ini akan melambatkan aliran menaik yang dijangka tetapi ia tidak akan mengubah perkiraan kenaikan harga.
Cadangan Perdagangan:
Kami telah membeli EUR daripada tahap 1.6595 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss di tahap 1.6460. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disyorkan kepada anda untuk mengambil pesanan membeli EUR berhampiran pada tahap 1.6616 dengan menggunakan kedudukan stop loss yang sama, iaitu pada tahap 1.6460.