Gambaran keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CHF ini masih didagangkan tidak menentu kerana ia diniagakan dalam saluran mendatar yang sempit, pasaran menunjukkan tanda-tanda ketidakstabilan. Menurut kepada peristiwa-peristiwa sebelumnya, harga masih bergerak di antara tahap 0.9704 dan 0.9821. Rintangan dan sokongan dilihat terletak pada atahp 0.9821 (juga, double top telah ditetapkan pada tahap 0.9819) dan 0.9704, masing-masing. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang agar lebih berhati-hati ketika menetapkan pesanan di kawasan ini. Oleh yang demikian, kita perlu menunggu sehingga saluran mendatar ini selesai. Harga semasa dilihat berada pada tahap 0.9750 yang mewakili tahap utama pada hari ini. Tahap 0.9821 akan bertindak sebagai rintangan pertama pada hari ini. Oleh itu, jika pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi pada tahap 0.9821, maka pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap rintangan yang kuat 0.9821. Tawaran menjual disyorkan di bawah tahap 0.9821 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9704. Jika harga berjaya menembusi tahap sokongan pada 0.9704, maka pasangan mata wang ini berkemungkinan akan bergerak ke arah bawah meneruskan pembangunan aliran menurun ke tahap 0.9650 bagi menguji 'double bottom' pada jangka masa 1H.Pada masa yang sama, sekiranya anda telah mengambil pesanan menjual di bawah tahap 0.9621, maka stop loss perlu diletakkan pada tahap 0.9660.