Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 Mac, 2016

EUR/USD: Keseluruhanya, pasangan mata wang ini telah menurun setakat bulan ini. Bergerak di bawah garis sokongan pada tahap 1.1050 dengan mudah boleh menyebabkan gambaran kenaikan harga baru-baru ini menjadi tidak sah. Selagi harga didagangkan di atas garis sokongan, para penjual dinasihatkan agar lebih berhati-hati. Terdapat isyarat "menjual" di pasaran apabila harga berdagang di bawah garis sokongan pada tahap 1.1050.

USD/CHF: Apa yang berlaku pada instrumen perdagangan mata wang ini adalah yang terbaik untuk memanggil lonjakan harga dalam konteks aliran menurun. EMA 11 kekal di bawah EMA 56, sementara julat%Williams tempoh 20 berada dalam wilayah terlebih beli. Ini menandakan bahawa harga akan terus bergerak ke arah atas dan lebih tinggi sehingga kecenderungan penurunan harga beralih.

GBP/USD: Pada Khamis (24 Mac 2016), pasangan mata wang ini telah melantun dalam konteks aliran menurun. Walau bagaimanapun, lantunan menaik dilihat sebagai pembetulan semata-mata di pasaran kerana harga diramalkan akan pergi jauh lebih rendah tidak lama lagi (yang menjadikan harga semasa sebagai tawaran yang baik). Corak Pengesahan penurunan harga pada carta telah menjadikan ramalan kami sebagai sesuatu yang rasional.

USD/JPY: Usaha aliran menaik kekal pada pasangan mata wang USD/JPY ini telah menghasilkan isyarat "membeli". Tindakan harga pada carta mendedahkan beberapa kecenderungan aliran menaik, walaupun pasaran pada masa ini kelihatan seperti berombak. Harga diramal akan mensasarkan ke tahap bekalan 113.00 dan 113.50 pada hari ini atau awal minggu hadapan.

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY kekal sebagai pasaran yang mendatar, dan tidak lama lagi harga akan menembusi, yang paling mungkin akan memihak kepada kenaikan harga. Pemerhatian tindakan harga dengan lebih dekat telah mendedahkan bahawa aliran menaik masih berusaha untuk menolak harga lebih tinggi. Walaupun hari ini ia boleh membawa aktiviti dagangan kecil, namun pada minggu hadapan ia akan menyaksikan pergerakan harga yang ketara.