Baru-baru ini, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah didagangkan dalam aliran mendatar disekitar tahap 1.6660. Berdasarkan kepada carta harian, harga dilihat masih berdagang dalam julat dagangan yang dinyatakan di antara tahap 1.6475 (sokongan) dan 1.6865 (rintangan). Juga, tiada bar permintaan sejak Jumaat, yang merupakan isyarat bahawa pembeli tidak mempunyai kuasa pada tahap harga ini untuk momentum kenaikan harga yang selanjutnya. Menurut kepada carta 1H, saya mendapati bahawa terdapat isyarat penurunan harga di sekitar harga 1.6720, yang merupakan petanda bahawa kita boleh melihat kesinambungan pergerakkan penurunan harga ke tahap lebih rendah pada kecenderungan urusniaga harian. Sasaran penurunan harga pertama bagi urusniaga harian ditetapkan pada pada harga 1.6620. Walau bagaimanapun, menurut pada prospektif jangka pendek, para pedagang dinasihatkan agar menunggu sehingga harga berjaya menembusi julat dagangan bagi mendapatkan pengesahan arah aliran harga yang selanjutnya.
Titik Pangsi Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1.6710
R2: 1.6735
R3: 1.6770
Tahap Sokongan:
S1: 1.6635
S2: 1.6610
S3: 1.6570
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Terdapat tekanan penurunan harga berdasarkan kepada jangka masa urusniaga harian. Walau bagaimanapun, pasaran masih mendatar dalam prospektif jangka pendek. Tunggu sehingga harga berjaya menembusi julat dagangan bagi mendapatkan pengesahan arah aliran harga yang selanjutnya.