Analisis Teknikal GBP/CHF untuk 29 Mac, 2016

Tinjauan teknikal dan persediaan carta:

Pasangan mata wang GBP/CHF ini menokok lebih tinggi, mencatatkan tahap tinggi pada 1.3900/10 semalam. Pasangan mata wang ini telah menurun sejak itu dan didagangkan pada tahap 1.3860 sekarang, dalam aliran mendatar. Sila ambil perhatian bahawa pasangan mata wang ini dilihat akan melemah pada i) sokongan lalu yang kini telah bertukar menjadi zon rintangan dan ii) rintangan fibonacci 50% pada aliran menurun diantara tahap 1.4050 melalui tahap 1.3720. Ia adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal mendatar buat masa sekarang dan menunggu untuk pengesahan lanjut sebelum mengambil sebarang pesanan. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 1.3830, manakala rintangan pada tahap 1.4050, masing-masing. Hanya penolakan harga di atas tahap 1.4050 sahaja yang akan mengubah senario ini dan bertukar menjadi prospek kenaikan harga.

Cadangan Perdagangan:

Kekal mendatar buat masa sekarang. Disyorkan untuk mengambil pesanan menjual pada tahap yang lebih tinggi.

Semoga berjaya!