Analisis Gelombang Elliott EUR/NZD untuk 31 Mac, 2016

Ringkasan Gelombang:

Kita mungkin telah melihat tahap rendah 1.6229 di atas sasaran pada tahap 1.6210. Untuk mengesahkan bahawa tahap rendah telah dilihat, pasangan mata wang ini perlu menembusi di atas rintangan kecil pada tahap 1.6508 dan yang lebih penting, penembusan harga di atas tahap rintangan 1.6725 yang akan mendorong kepada pembaharuan tekanan menaik ke arah tahap 1.7220 dan 1.8551.

Diharapkan agar kita akan melihat pecutan kenaikkan harga kali ini, namun kami tidak akan menetapkan jangkaan kami terlalu tinggi kerana kami telah beberapa kali berhadapan dengan kekecewaan.

Cadangan Perdagangan:

Kami telah membeli EUR pada tahap 1.6250 dan akan meletakkan stop kami pada titik pulang modal. Jika anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 1.6292 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 1.6508.