Analsis Teknikal Emas untuk 05 April, 2016

Tinjauan teknikal dan persediaan carta:

Emas diniagakan pada tahap $ 1,225.00/26.00 pada masa ini, mencari peluang untuk bergerak lebih rendah ke arah tahap $ 1,190.00 dari sini. Sila ambil perhatian bahawa EMas kini sedang berada penarikan semula Fibonacci 0.618 pada aliran penurunan dari $ 1,240.00 melalui tahap $ 1,208.00, masing-masing. Selain itu, garis arah aliran rintangan juga melalui tahap yang sama seperti yang digambarkan di sini. Arah aliran harga yang berkemungkinan besar daripada tahap harga semasa adalah lebih rendah ke arah tahap $ 1,190.00. Oleh yang demikia, adalah dicadangkan kepada para pedagang untuk kekal menjual buat masa sekarang, dengan risiko ditetapkan pada tahap $ 1,235.00. Rintangan serta-merta dilihat berada pada tahap $ 1,235.00, manakala sokongan pada tahap $ 1,207.00. Aliran penurunan harga dijangka kekal mendominasi pasaran sehingga harga kekal berdagang di bawah tahap $ 1,235.00.

Cadangan Perdagangan:

Kekal menjual buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $1,235.00 dan sasaran pada tahap $1,190.00.

Semoga berjaya!