Analsis Teknikal USD/CHF untuk 05 April, 2016

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan pada julat harga yang lebih rendah sebagaimana rintangan utama telah ditetapkan pada tahap 0.9625. Pasangan mata wang ini kekal berdagang di bawah tekanan di bawah rintangan 0.9625 sejak 31 Mac, dan ia adalah lebih cenderung untuk menguji sokongan seterusnya pada tahap 0.9555 pada sesi dagangan akan datang. Indeks kekuatan relatif bercampur-campur dengan kecenderungan menurun. Tambahan pula, proses pembetukan tahap harga tinggi yang lebih rendah dan tahap rendah tidak terjejas, yang hendaklah mengesahkan pandangan negatif. Dalam prospek ini, selagi harga tidak menembusi pada tahap 0.9625, maka pasangan mata wang ini diramal akan mencatatkan penurunan lagi ke tahap 0.9555 dan 0.9525 dalam lanjutan.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9555. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9525. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9625. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9650 dan sasaran kedua pada tahap 0.9675.

Tahajp Rintangan: 0.9650, 0.9675, 0.9715

Tahap Sokongan: 0.9555, 0.9525 , 0.9465