Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 06 April, 2016

EUR/USD: Setelah pasangan mata wang EUR/USD ini menguji garis rintangan pada tahap 1.1400, harga telah berhadapan dengan kesukaran untuk harga bergerak di atas garis tersebut. Aliran menaik perlu dilanjutkan sehingga mencapai garis pertahanan (suatu tindakan yang bermula minggu lalu). Garis rintangan kini telah menjadi halangan sukar untuk kesinambungan aliran menaik; sebaliknya penarikan semula harga yang ketara mungkin berlaku.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini telah mengukuh kepada kekangan yang timbul setakat minggu ini. Tahap sokongan 0.9550 telah diuji dan ia tidak lama lagi akan ditembusi ke arah bawah. Ini adalah kerana prospek di pasaran adalah menurun untuk minggu ini: selagi pasangan EUR/USD terus menunjukkan lonjakannya harga, maka pasangan mata wang USD/CHF ini akan kekal di bawah tekanan menurun.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah pada hari Selasa, yang membawa kepada isyarat penurunan harga pada carta 4-jam. EMA 11 kini berada di bawah EMA 56 dan tempoh RSI 14 adalah di bawah tahap 50. Harga berkemungkinan akan bergeraki untuk mencapai wilayah pengumpulan yang masing-masing terletak pada tahap 1.4100 dan 1.4050. Selagi harga tidak menembusi i atas wilayah pengagihan pada tahap 1.4350, isyarat penurunan harga akan menjadi sah.

USD/JPY: Pergerakkan penurunan harga pada tahap USD/JPY kini semakin kuat dan lebih kuat lagi. Sejak awal minggu ini, harga telah didagangkan dalam aliran menurun, menguji tahap permintaan pada 110.00. Tahap permintaan diramalkan akan ditembusi tidak lama lagi, aliran penurunan harga mensasarkan tahap permintaan seetrusnya pada 109.00, yang berpotensi untuk diuji minggu ini.

EUR/JPY: Terdapat isyarat "menjual" dilihat pada pasangan mata wang EUR/JPY dan terdapat Corak Pengesahan penurunan harga yang sah pada carta 4-jam. EMA 11 kini berada di bawah EMA 56; dan tempoh RSI 14 adalah di bawah tahap 50. Sasaran seterusnya yang akan dicapai oleh aliran penurunan harga adalah pada zon permintaan di tahap 125.00 dan 124.5