Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 07 April, 2016

Pasangan mata wang GBP/JPY kini berdagang di bawah tekanan dan dijangka akan diniagakan pada julat harga yang lebih rendah dan bergerak menghampiri ke tahap 152.35. Pergerakkan harga bagi pasangan mata wang ini telah dihadkan oleh penurunan purata pergerakkan tempoh 50 dan harga kini dilihat sedang mencari peluang untuk menembusi bahagian bawah yang lebih rendah. Indeks kekuatan relatif kekal di bawah tahap neutral 50% dan tidak mempunyai momentum menaik. Sasaran penurunan harga pertama ditetapkan pada sokongan mendatar dan pertindihan harga pada tahap 124.65. Penembusan harga di bawah tahap ini akan membuka jalan untuk harga melanjutkan aliran menurun menuju ke arah tahap 151.80.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 152.35. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 151.80. Titik pangsi kekal berada pada tahap 154.45. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 156.65 dan sasaran kedua pada tahap 158.35.

Tahap Rintangan: 156.65, 158.35, 159.20

Tahap Sokongan: 152.35, 151.80, 151