Analisis Teknikal GBP/CHF untuk 08 April, 2016

Tinjauan teknikal dan persediaan carta:

Pasangan mata wang GBP/CHF ini dilihat telah menurun agak sedikit lebih rendah ke tahap 1.3400 seperti yang digambarkan di sini, mencari peluang untuk menghasilkan pengunduran/penarikan semula harga sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.3740/50. Sila ambil perhatian bahawa penembusan harga di atas tahap 1.3950 dan kemudiannya pada garis arah aliran rintangan adalah mandatori untuk mengesahkan bahawa pasangan mata wang ini telah membentuk bahagian bawah yang bermakna di sekitar tahap 1.3400. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memulakan kedudukan membeli sekarang dengan risiko terletak di bawah tahap 1.3400. Sokongan serta-merta dilihat berada pada tahap 1.3400 manakala rintangan pada tahap 1.3700, masing-masing. Indikator jangka pendek menunjuk ke arah penarikan semula harga yang bermakna melalui tahap 1.3740/50.

Cadangan Perdagangan:

Kekal membeli buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di bawah tahap 1.3400, dan sasaran pada tahap 1.3750.

Semoga berjaya!