Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 11 April, 2016

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga sebagaimana pasangan mata wang ini dijangka akan berdagang dalam julat harga yang lebih tinggi. Pasangan mata wang ini berkemungkinan sedanf=g membentuk urusniaga harian bercorak "pembundaran bawah", dan berpotensi untuk mencabar rintangan seterusnya pada tahap 1.4170. Kenaikkan pada purata pergerakkan tempoh 20 dan 50 bertindak dengan baik sebagai sokongan, dan ia harus terus menolak pasangan mata wang berdagang lebih tinggi. Selain itu, RSI berlangsung dengan baik, dan mendorong kepada kesinambungan kenaikkan harga. Dalam perspektif ini, selagi tahap harga 151.80 kekal mengukuh pada aliran menurun, maka lanjutan aliran menaik dijangka pada tahap 153.50 dan 154.50 dalam lanjutan.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 153.50 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 154.50. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 151.05 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 149.60. Titik pangsi terletak pada tahap 151.80.

Tahap Rintangan: 153.50, 154.50, 155.45

Tahap Sokongan: 151.05, 149.60, 149