EUR/USD: Masih terdapat pergerakan mendatar pada pasangan mata wang ini. Pasangan mata wang ini juga mempunyai pergerakan yang mendatar pada minggu lepas, sebagaimana harga gagal untuk menutup di atas garis rintangan pada tahap 1.1450 walaupun harga cuba untuk menembusinya (garis rintangan pada tahap 1.1400 juga adakah tertakluk kepada serangan terdesak dari aliran menaik).
USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini mengukuh pada hari Isnin, tidak akan berdagang di bawah tahap sokongan 0.9500. Tahap sokongan ini harus ditembusi untuk membolehkan harga bergerak ke arah bawah, mencapai tahap sokongan seterusnya pada tahap 0.9000. Penembusan harga diramal akan berlaku pada minggu ini, yang berkemungkinan besar akan memihak kepada aliran penurunan harga. Terdapat Corak Pengesahan penurunan harga di dalam pasaran.
GBP/USD: Pasangan mata wang ini diniagakan lebih tinggi pada hari Isnin, meningkat daripada tahap pengumpulan 1.4100 dan mencapai wilayah pengagihan pada tahap 1.4250. Ini adalah pergerakan 150 pips, dan sebagaimana ia telah diramalkan, pergerakan menaik berpotensi untuk dilanjutkan pada minggu ini (dan ia akan dapat dilihat pada pasangan GBP yang lain). Pergerakan menaik di atas wilayah pengagihan pada tahap 1.4350 akan menandakan bahawa kecenderungan penurunan harga semasa telah berakhir.
USD/JPY: Bagi pasangan mata wang ini, EMA 11 kini terletak di bawah EMA 56 dan tempoh RSI 14 adalah di bawah tahap 50. Kesinambungan aliran penurunan harga adalah berpotensi. Terdapat Corak Pengesahan penurunan harga yang kukuh pada carta, yang akan bertahan selagi harga terus berdagang dalam aliran menurun. Minggu ini, aliran penurunan harga akan mensasarkan ke tahap permintaan pada 107.50, 107.00 dan 106.50.
EUR/JPY: Aliran penurunan harga dilihat masih bersedia untuk menolak harga berdagang lebih rendah di sini. Terdapat prospek dagangan penurunan harga yang sangat kuat di dalam pasaran (dan sudah tentu, pasangan JPY yang lain). Aliran penurunan harga harus mensasarkan pergerakkan ke zon permintaan yang masing-masing terletak pada tahap 122.50, 122.00 dan 121.50 pada minggu ini. Mana-mana pergerakkan menaik dari tahap ini mungkin akan menjadi satu peluang kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada harga yang lebih baik.