Analisis Teknikal Emas untuk 13 April, 2016

Harga emas diterbalikkan semalam selepas mencapai rintangan utama pada tahap $ 1,260. Saya ingin memberikan amaran kepada para pedagang bahawa tawaran membeli semasa kenaikkan harga adalah tidak baik buat masa sekarang. Terdapat banyak amaran untuk kenaikan harga dan hari ini kita akan melihat keputusan.

Garis biru - saluran kenaikan harga (telah ditembusi)

Harga emas telah menembusi saluran kenaikan harga. Harga telah ditolak pada penarikan semula 61.8%. Ini adalah merupakan isyarat penurunan harga. Ditambah dengan idyarat perbezaan melemah, saya menegaskan pada analisis yang terdahulu, harga kini telah mula bergerak lebih rendah sekurang-kurangnya ke arah tahap $ 1,230.

Emas telah memulakan dagangan pada minggu ini dengan aliran menaik tetapi saya percaya kita akan dapat melihat pembalikan penurunan harga pada cartalilin mingguan dan penembusan harga di bawah Tenkan-sen (indikator garis merah). Saya menjangkakan pergerakkan harga sekurang-kurangnya ke arah Penarikan semula Fibonacci 38% dan sempadan cloud lebih tinggi. Saya kekal pada prospek penurunan harga untuk dagangan jangka masa pendek.