Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 14 April, 2016

Pasangan mata wang GBP/JPY kini dilihat sedang berdagang di bawah tekanan dan dijangka akan diniagakan pada julat harga yang lebih rendah. Pasangan mata wang ini bergerak ke tahap 155.75 semalam sebelum membuat lantunan semula harga. Pada masa ini, lantunan semula harga kehilangan momentum manakala pasangan mata wang ini masih dihadkan oleh purata pergerakkan tempoh 50 yang menurun. Indeks kekuatan relatif kekal di bawah tahap neutral 50 dan kekurangan momentum menaik. Tinjauan urusniaga harian kekal pada aliran menurun dan pasangan mata wang ini perlu menguji semula sasaran penurunan pertama pada tahap 153.95 dan diikuti oleh tahap sasaran penurunan kedua pada 153.45.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 153.95. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 153.45. Titik pangsi kekal berada pada tahap 155.75. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 156.70 dan sasaran kedua pada tahap 158.05.

Tahap Rintangan: 156.70, 158.05, 159

Tahap Sokongan: 153.95, 153.45, 152.60