Analisis Teknikal USDX untuk 20 April, 2016

Indeks Dollar membuat pembetulan harga yang dalam sebagaimana yang telah saya ramalkan dan kita seharusnya melihat pembalikan kenaikan harga. Untuk mengesahkan perkara ini, harga perlu menembusi di atas tahap 94.80 dan kemudian di atas tahap 95.20.

Garis hitam - garis aliran rintangan (telah ditembusi)

Harga kini didagangkan di bawah Cloud. Ia berada di kawasan terlebih jual dan beralih ke arah atas. Harga telah menembusi di atas garis arah aliran condong hitam dan telah diuji semula. Indeks Dollar telah kembali semula 78.6% daripada kenaikan terkini dan tidak jatuh lagi sekiranya harga cuba untuk berbalik ke arah atas. sokongan kritikal terletak pada tahap 93.60. Sekiranya ditembusi, kita akan dapat melihat satu lagi ujian harga pada tahap 93.

Garis hitam - Garis aliran rintangan harian

Indeks Dollar terus membuat tahap harga yang lebih tinggi dan tahap harga rendah yang lebih tinggi. stokastik telah mencapah selama beberapa hari. Adakah lantunan harga di dalam stokastik ini merupakan tanda perubahan arah aliran? kenaikkan harga perlu menembusi di atas tahap 94.80 pada penutupan harian untuk mengesahkan isyarat kenaikan harga. Ini bukan kawasan untuk mengambil pesanan menjual Dolar tetapi kawasan untuk mencari peluang membeli dan isyarat kenaikan harga.