Analisis Teknikal NZD/USD untuk 21 April, 2016

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menurun. Pasangan mata wang ini telah dibalikkan ke arah bawah dan kini didagangkan dalam saluran menurun. Kedua-dua purata pergerakkan tempoh 20 dan tempoh 50 juga bergerak dalam aliran menurun, mendorong kepada kesinambungan penurunan harga yang selanjutnya. Selain itu, indeks kekuatan relatif masih melemah, tanpa menunjukkan sebarang isyarat pembalikan harga. Kesimpulanya, selagi tahap 0.6995 kekal mengukuh pada aliran menaik, perhatikan penarikan semula harga baru ke arah tahap 0.6935 dan 0.6890 dalam lanjutan.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6935. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 153. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6890. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7030 dan sasaran kedua pada tahap 0.7065.

Tahap Rintangan: 0.7030, 0.7065, 0.7135

Tahap Sokongan: 0.6935, 0.6890, 0.6855