Analisis gelombang Elliott bagi EUR/JPY untuk 21 April 2016

Rumusan Gelombang:

Perkiraan yang kita sarankan kekal bahawa dasar yang penting dilihat pada 121.69 dan pergerakkan impulsif yang baru kepada atas 149.55 sedang membentuk.Pergerakkan pada tahap rendah 121.69 kepada 124.40 adalah gelombang i dan gelombang ii ketika ini sedang berlaku.Gelombang pembetulan ii telah pun menguji sasaran pembetulan yang minimum pada 123.39 (38.2% sasaran pembetulan).Kita masih lagi boleh melihat tekanan penurunan yang lebih didalam gelombang ii,tetapi kegagalan untuk menembusi bawah sokongan pada 123.39 dan penembusan atas rintangan pada 124.40 akan menandakan pertindihan pengukuhan bagi pergerakkan tinggi yang seterusnya ke arah 127.87 dan kemungkinan lebih tinggi.

Cadangan perdagangan:

Stop loss kita telah pun dicecah dengan segera yang menandakan bahawa jualan sekarang merupakan perkara yang tidak baik.Kita akan melihat peluang belian dan akan meletakkan pesanan belian pada 123.25 atau ketika penembusan atas 124.40 (satu pesanan membatalkan yang lain).