Baru-baru ini, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah didagangkan mendatar pada tahap harga 1.6226. Titik harga utama pada tahap 1.6270 telah ditembusi dengan jayanya dan saya menjangkakan bahawa kita akan melihat penembsuan harga yang sah pada tahap 1.6270 untuk mengesahkan kesinambungan aliran menaik selanjutnya. Jika harga berjaya mencapai tahap 1.6270 pada jumlah yang tinggi,kita boleh melihat potensi ujian harga pada tahap 1.6470. Berdasarkan kepada carta 5M, saya mendapati bahawa harga telah berjaya menembusi tahap bekalan, yang merupakan isyarat bahawa tawaran jualan kelihatan sangat berisiko. Perhatikan peluang belian sewaktu urusniaga harga rendah.
Titik Pangsi Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1.6250
R2: 1.6285
R3: 1.6350
Tahap Sokongan:
S1: 1.6120
S2: 1.6080
S3: 1.6020
Cadangan perdagang untuk hari ini: Perhatikan penembusan harga yang berpotensi pada titik pangsi 1.6270. Penembusan harga yang sah akan mengesahkan kesinambungan aliran kenaikkan harga ke tahap yang lebih tinggi lagi.