Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi sebagaimana kecenderungan arah aliran harga kekal menaik. Jumaat lalu, saham-saham AS telah didagangkan bercampur-campur manakala saham teknologi telah terjejas berikutan laporan ekonomi yang mengecewakan. The Dow Jones Industrial Average meningkat 0.1% kepada 18003, S&P 500 secara umumnya kekal pada 2091, manakala Komposit Nasdaq menurun 0.8% kepada 4945.
Pasangan mata wang USD/JPY dijangka diniagakan dengan kecenderungan yang positif kerana sokongan urusniaga terletak pada tahap 110.75. Semalaman, indeks saham AS ditutup sedikit rendah, disebabkan oleh penurunan pada saham pengangkutan, tenaga, dan komoditi. The Dow Jones Industrial Average menurun 0.2% kepada 17.977, S&P 500 juga menurun 0.2% kepada 2087, dan Komposit Nasdaq susut 0.2% kepada 4895.
Minyak mentah Nymex susut 2.5% untuk ditutup pada harga $ 42.64 setong, emas menokok 0.5% kepada $ 1238 per auns, dan indikator pasaran hasil Perbendaharaan 10 tahun terus meningkat kepada 1.900% daripada 1.888% pada sesi dagangan sebelumnya.
Di psaran pertukaran mata wang asing, dolar AS lemah berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain sebagaimana para pelabur menetapkan semula kedudukan menjelang mesyuarat bank pusat Amerika Syarikat dan Jepun minggu ini. Indeks Dollar The Wall Street Journal menurun 0.3% kepada 86.53.
Berikutan lebih-2% lonjakan Jumaat lalu, pasangan mata wang USD/JPY telah jatuh kembali 0.6% kepada ke tahap 111.19 semalam. EUR/USD meningkat semula 0.3% kepada 1.1263.
Sementara itu, pound British terus mengukuh berbanding dolar AS sebagaimana "In" semakin mendapatkan kelebihan dalam kempen keahlian Kesatuan Britain Eropah, dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menyuarakan sokongannya terhadap Britain untuk kekal dalam EU . Pasangan mata wang GBP/USD meningkat 0.6% kepada 1.4480 (tahap tinggi harian pada 1.4519).
Pasangan mata wang ini kekal mengukuh sementara harga didagangkan di atas sokongan utama pada tahap 110.75 (rintangan utama dilihat pada Jumaat lalu, penembusan harga pada tahap ini akan membawa kepada kenaikkan terkini). Pada masa ini, harga sedang didagangkan di sekitar pertindihan pada purata pergerakkan tempoh 20 dan 50 (carta 30 minit). Indeks kekuatan relatif urusniaga harian adalah di sekitar tahap neutral 50, kekurangan momentum menurun. Sekiranya pasangan mata wang ini muncul dari penyatuan tanpa menembusi sokongan utama pada tahap 110.75, maka kita akan dapat melihat semula sasaran kenaikkan pertama pada tahap 111.80 (sekitar tahap tinggi semalam).
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 111.35 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 111.80. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 110.25 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 109.90. Titik pangsi terletak pada tahap 110.75.
Tahap Rintangan: 111.35, 111.80, 112.45
Tahap Sokongan: 110.25, 109.90, 109.15