Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga sebagaimana rintangan utama terletak pada tahap 0.9765. Pasangan mata wang ini kekal berdagang di bawah tekanan di bawah rintangan mendatar pada tahap 0.9765, dan ia juga dihadkan oleh penurunan purata pergerakkan tempoh 50. Indikator teknikal seperti indeks kekuatan relatif kelihatan bercampur-campur untuk menurun, menyebabkan para pedagang perlu lebih berhati-hati. Walaupun kesinambungan kenaikkan harga tidak berlaku, namun lanjutan pergerakkan harga perlu dihadkan.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9695. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6645. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9765. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.98 dan sasaran kedua pada tahap 0.9845.
Tahap Rintangan: 0.9800, 0.9845, 0.9890
Tahap Sokongan: 0.9695, 0.9645, 0.9600