Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 09 Mei, 2016

Tinjauan teknikal dan persediaan carta:

Pasangan mata wang EUR/JPY ini telah melantun semula selepas menguji tahap harga 121.40/50 pada hari ini semasa sesi dagangan awal pagi. Kelihatan seolah-olah 'double bottom' kini sedang membangun. Pasangan mata wang EUR./JPY kini sedang berdagang pada tahap 122.66, mencari peluang untuk bergerak lebih tinggi lagi. Pasangan mata wang ini perlu menolak sekurang-kurangnya di atas tahap 123.40 untuk mengesahkan bahawa bahagian bawah yang bermakna kini telah mengambil tempat di tahap 121.40/50 dan lonjakan kenaikkan harga berkemungkinan akan berlaku selepas ini. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan kepada para pedagang untuk kekal membeli buat masa ini, dengan risiko ditetapkan pada tahap 121.40. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 121.40, manakala rintangan pada tahap 123.40. Aliran menaik dilihat telah bersedia untuk mendominasi semula pasaran sehingga harga kekal didagangakn di atas tahap 121.40 dari tahap ini.

Cadangan Perdagangan:

Kekal membeli buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop loss pada tahap 121.40, dan sasaran di atas tahap 123.40.

Semoga berjaya!