Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga. Pasangan mata wang kini dilihat sedang membuat lantunan semula harga bagaimanapun harga kekal di bawah rintangan pada tahap 156. Sementara itu, purata pergerakkan tempoh 20 masih kekal di bawah MA tempoh 50. Sasaran pertama untuk aliran penurunan harga ditetapkan pada tahap sokongan mendatar dan bertindih pada 154.35. penembusan harga di bawah tahap ini akan membuka jalan untuk harga melanjutkan penurunan ke arah tahap 153.60.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 154.35. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 153.60. Titik pangsi kekal berada pada tahap 156.00. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 156.70 dan sasaran kedua pada tahap 157.50.
Tahap Rintangan: 156.70, 157.50, 158.40
Tahap Sokongan: 154.35, 153.60, 152.75