Analisis harian pasangan mata wang utama untuk 10 Mei, 2016

EUR/USD: Kekal dengan pergerakan menurun - walaupun perlahan dan stabil - telah menghasilakan isyarat "menjual" di pasaran. Harga di bawah garisan rintangan pada 1.1400 dan ia akan terus bergerak ke bawah, garisan sokongan mensasarkan tahap 1.1300 dan 1.1250 sama ada hari ini atau esok.

USD/CHF: Terdapat kecenderungan kenaikkan harga yang jelas pada pasangan USD/CHF: harga di atas tahap sokongan pada 0.9700, terus bergerak ke arah tahap rintangan pada 0.9800 dan 0.9850. Disepanjang pergerakan kemungkinan harga berada ditahap rendah akan berlaku beberapa kali, tetapi harga kekal cenderung kepada kenaikan pada minggu ini. Tinjauan pada USD kini jelas.

GBP/USD: Pasangan GBP/USD terus mengukuh ke arah bawah pada hari Isnin, yang membawa kepada isyarat penurunan harga di pasaran. Kini terdapat Corak Pengesahan penurunan harga di pasaran dan ia adalah mungkin harga akan terus bergerak ke bawah, oleh kerana kekuatan telah dijangka dalam USD. Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian pada peraturan: GBP akan terus mengukuh berbanding mata wang lain.

USD/JPY: Pada instrumen perdagangan mata wang ini, terdapat satu pergerakan yang serius semalam,dimana harga bergerak ke atas dari tahap permintaan pada 106.50, ke tahap bekalan pada 108.50. Ini merupakan pergerakan 200 pips, dan EMA 11 hampir melepasi EMA 56 ke arah atas pada carta 4 jam (memandangkan tempoh RSI 14 adalah jelas di atas tahap 50). Kecenderungan pada pasaran telah berubah kepada kenaikan harga.

EUR/JPY: pasangan mata wang ini bergerak ke atas pada 9 Mei 2016; seperti pasangan USD/JPY lakukan. Harga kini di atas EMA 56 (berkesan di atas zon permintaan pada 123.00). pergerakan selanjutnya sekurang-kurangnya 150 pip akan menghasilkan "beli" isyarat di pasaran.