Berdasarkan kepada carta 1H, pasangan mata wang GBP/USD ini masih lagi terperangkap dalam julat dagangan di antara tahap 1.4549 dan 1.4430, menunggu untuk menembusi beberapa tahap harga ini untuk mengukuhkan aliran jangka pendek. Struktur keseluruhan masih mendorong kepada penurunan harga, walau bagaimanapun tindakan harga sesi dagangan semalam memberitahu kita bahawa pergerakan menaik berkemungkinan akan bergerak ke arah tahap 1.4549.
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.4549 / 1.4635
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.4430 / 1.4316
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.4430, take profit pada tahap 1.4316, dan stop loss pada tahap 1.4542.