Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 13 Mei, 2016

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Pasangan mata wang ini kekal berdagang di atas sokongan pada tahap 156.45 dan bergerak mendatar di sekitar purata pergerakkan tempoh 20 dan purata pergerakkan tempoh 50. Walaupun kesinambungan daripada pengukuhan harga ini tidak berlaku, namun ia harus dihadkan. Kesinambungan kenaikkan harga adalah diramalkan dengan rintangan mendatar seterusnya dan pertindihan harga ditetapkan pada tahap tinggi semalam 157.75 pada mulanya. Penembusan harga di atas tahap ini akan mendorong harga untuk bergerak menuju ke arah tahap 158.45 dalam lanjutan.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 157.75 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 158.45. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 155.90 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 155.90. Titik pangsi terletak pada tahap 156.45.

Tahap Rintangan: 157.75, 158.45, 159.50

Tahap Sokongan: 155.90, 155.35, 154.35