Pasangan mata wang GBP/JPY kini sedang dilihat sedang berdagang di bawah tekanan. Pergerakkan harga pada pasangan mata wang ini sedang dipercepatkan ke arah bawah selepas harga menembusi di bawah tahap 157.15, yang kini perlu memainkan peranan sebagai tahap rintangan utama. Sementara itu, kedua-dua purata pergerakkan iaitu MA tempoh 20 dan 50 kini sedang bergerak lebih rendah dan mengekalkan kecenderungan penurunan harga. Sasaran pertama untuk aliran penurunan harga telah ditetapkan pada sokongan mendatar dan pertindihan harga pada tahap 122.35. Penembusan harga di bawah tahap ini akan membuka jalan untuk harga melanjutkan pergerakkan penurunan harga menuju ke arah tahap 155.35.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 155.35. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 154.65. Titik pangsi kekal berada pada tahap 157.15. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 157.75 dan sasaran kedua pada tahap 158.45.
Tahap Rintangan: 157.75, 158.45, 159.50
Tahap Sokongan: 155.35,154.65, 153.85