Analisis Teknikal Emas untuk 26 Mei, 2016

Harga emas melantun ke arah tahap $ 1,230 seperti yang kita telah ramalkan pada analisis terkini di mana saya ada menyatakan bahawa saya lebih gemar untuk mengambil keuntungan sebagai pengembalian yang tidak dapat dielakkan. Lantunan harga boleh diperluaskan ke arah tahap $ 1,240-50 di mana saya percaya ia akan menjadi bahagian atas yang seterusnya sebelum pusingan akhir penurunan harga menuju ke arah tahap $ 1,190-70.

Garis hitam - rintangan jangka panjang

Garis biru - saluran penurunan harga

Harga emas kini dilihat sedang menguji sempadan atas saluran harga. Sekiranya aliran menaik ini berjaya menembusi menembusi di atas saluran harga itu, maka kita berkemungkinan akan melihat lantunan beberapa hari yang berpotensi untuk harga kembali ke arah Ichimoku cloud berhampiran pada tahap $ 1,250. Walau bagaimanapun, corak harga rendah yang lebih rendah baru gagal untuk dilaksankan tetapi ia mempunyai nilai yang rendah kerana risiko yang tinggi untuk menjual pada tahap harga semasa.

Carta mingguan kekal menurun dan mencadangkan bahawa mana-mana lantunan harga akan kekal di bawah $ 1,290 dimana Emas boleh dijual sebagaimana harga diramalkan akan bergerak lebih rendah ke arah sempadan atas Kumo (cloud). Oleh yang demikian, pergerakkan harga ke arah tahap $ 1,180 adalah diramalkan.