Analisis teknikal bagi emas untuk 30 Mei 2016

Harga emas terus untuk bergerak ke tahap rendah yang baru pada bawah $1,200.Harga kekal didalam saluran penurunan.Seperti yang kita nyatakan pergerakkan menurun perlu dihadkan dan kita perlu menunggu untuk lantunan kerana harga mencecah 38% anjakkan Fibonacci pada kenaikkan daripada $1,045.

Garisan hitam - rintangan jangka masa panjang

Garisan biru - saluran penurunan

Harga sedang berada bawah tenkan-dan kijun sen (indikator garisan merah dan kuning).Harga kekal dibawah Kumo dan didalam saluran penurunan.Masih lagi tidak terdapat pergerakkan pembalikkan tetapi kita percaya bahawa kita adalah sangat hampir.Stokastik sedang bercapah.Rintangan sedang berada pada $1,215.Sokongan berada pada $1,200-$1,19.

Harga emas mencecah 38% anjakkan Fibonacci.Ini merupakan sokongan yang penting.Sokongan penting yang seterusnya adalah sempadan atas Kumo dan 50% anjakkan pada $1,177.Harga perlu melantun tidak lama lagi tetapi hanya sebahagian daripada pembetulan besar akan menolak harga ke arah $1,150.