Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 31 Mei, 2016

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi sebagaimana kecenderungan kenaikkan harga kekal menaik. Pergerakkan menaik harga bagi pasangan mata wang ini telah dipercepatkan dan ia kini sedang disokong oleh kenaikan purata pergerakan tempoh 50. Kecenderungan harga masih mengukuh, dan kesinambungan kenaikkan harga yang seterusnya dijangka dengan menguji tahap tinggi semalam 163.90 pada mulanya. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang ini bertukar ke arah bawah dan menembusi di bawah sokongan mendatar pada tahap 161.35, ia akan membuka jalan untuk melanjutkan penurunan harga ke arah tahap 160.70.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 163.10 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 164.10. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 160.40 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 160. Titik pangsi terletak pada tahap 161.35.

Tahap Rintangan: 163.10, 164.10, 165

Tahap Sokongan:160.70, 160, 159