Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menurun. Pasangan mata wang ini masih berdagang dalam aliran menurun dan sedang mencari bahagian bawah yang lebih rendah. Indeks kekuatan relatif telah dihadkan oleh garis aliran negatif sejak 30 Mei dan tidak mempunyai momentum menaik. Selagi harga tidak menembusi pada tahap 158.75, maka harga akan mensasarkan ke tahap sokongan seterusnya pada tahap 155.90.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 155.90. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 155. Titik pangsi kekal berada pada tahap 158.75. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 159.75 dan sasaran kedua pada tahap 160.70.
Tahap Rintangan: 159.75, 160.70, 161.50
Tahap Sokongan:155.90, 155, 154.25