Gambaran makro global untuk 08/06/2016:

Gambaran makro global untuk 08/06/2016:

Data inventori minyak mentah dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini jam 14:30 GMT. Peserta pasaran menjangkakan penurunan dalam stok simpanan ke tahap -3000k barel. Minggu lepas, inventori juga mencatatkan penurunan, tetapi ke tahap terendah -1366k barel, oleh yang demikian bacaan untuk minggu ini berkemungkinan akan mencerminkan data ekonomi baru-baru ini. Ahli-ahli OPEC telah mengadakan pertemuan di Vienna minggu lalu, walau bagaimanapun gagal mencapai sebarang persetujuan mengenai sasaran pengeluaran, sebagaimana mesyuarat OPEC terakhir di Qatar pada bulan Mac. Ini bermakna kredibiliti OPEC telah menurun dengan ketara sejak bulan lepas dan terdapat beberapa penganalisis menggelarkan "pengakhiran ketuanan OPEC". Kesimpulannya, keadaan semasa di zon keahlian OPEC kelihatan seperti keadaan di mana semua anggota berperanan mengikut peraturan "setiap manusia untuk dirinya sendiri", oleh yang demikian, sekarang mungkin masa untuk pasaran menentukan harga minyak dan bukanya kartel pengeluar minyak.

Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal minyak mentah pada carta 4H. Satu lagi tahap harga tinggi yang lebih tinggi telah dibuat pada hari ini di atas tahap $ 50 sebagaimana pasaran masih berdagang di atas 21,50 dan purata pergerakkan 100. Walau bagaimanapun, momentum kini semakin berkurangan sebagaimana indikator MACD merekodkan tahap harga tinggi yang lebih rendah. Ini mungkin adalah masa untuk aliran penurunan harga campur tangan dan menolak harga yang lebih rendah ke arah sokongan terkini pada tahap 47.72.