Analisis Teknikal EUR/USD untuk 20 Jun, 2016

Gambaran Keseluruhan:

Pasaran dibuka di atas tahap sokongan 1.1236 dan jurang terletak sekitar 65 pips. Oleh yang demikian, pasangan mata wang EUR/USD ini telah meneruskan pergerakkan menaik ke bahagian atas sekitar tahap 1.1381 dari tahap 1.1306. Buat masa ini, tahap rintangan pertama dilihat pada 1.1408 dan diikuti oleh tahap 1.1515, manakala sokongan harian 1 dilihat terletak pada tahap 1.1236. Berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini masih bergerak di antara tahap 1.1236 dan 1.1408; oleh itu kita menjangkakan julat 172 pips (1.1408-1.1236) pada masa akan datang. Sekiranya pasangan mata wang NZD/USD ini gagal untuk menembusi tahap rintangan 1.1408, pasaran akan menurun ke tahap 1.1236 untuk menguji pangsi mingguan. Walau bagaimanapun, ia tidak mencadangkan pasaran menurun kerana indikator RSI masih dalam kawasan yang positif dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda aliran pembalikan harga. Pasangan mata wang ini dijangka meningkat lebih tinggi sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.1408 dengan tujuan untuk mencapai tahap rintangan pertama.

Tahap Teknikal Urusniaga Harian:

R3: 1.1515 R2: 1.1408 R1: 1.1343 PP: 1.1236 S1: 1.1171 S2: 1.1064 S3: 1.0999