Analisis Teknikal GBP/USD untuk 20 Jun, 2016

Pivot : 1.4371

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang GBP/USD ini terus bergerak dalam aliran menaik daripada tahap sokongan 1.4461. Pada masa ini, harga sedang didagangkan dalam saluran kenaikan harga. Ini disahkan oleh isyarat indikator RSI bahawa kita masih dalam pasaran kenaikan harga. Kerana harga masih berdagang di atas purata pergerakkan (100) dan (50), sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 1.4461. Selain itu, ia harus diperhatikan bahawa sokongan utama dilihat terletak pada tahap 1.4371 yang bertepatan dengan nisbah 50% Fibonacci. Oleh itu, sokongan pertama ditetapkan pada tahap 1.4461. Oleh itu, pasaran mungkin akan menunjukkan isyarat aliran kenaikan harga sekitar tahap 1.4461. Dalam erti kata lain, tawaran membeli disyorkan di atas harga 1.4461 dengan sasaran pertama terletak pada tahap 1.4773. Selain itu, sekiranya aliran harga ini mampu menembusi tahap rintangan pertama 1.4773. Kita akan melihat pasangan mata wang ini menaik ke arah 'double top' (1.5098) untuk menguji. Ia juga akan menjadi bijak untuk mempertimbangkan lokasi untuk meletakkan kedudukan stop loss; ini harus ditetapkan di bawah sokongan kedua pada tahap 1.4371.

Pemerhatian:

23 Jun, 2016. Pasangan Mata Wang: GBP. Perhatian para pedagang pada hari ini akan tertumpu kepada undian keahlian EU. Oleh yang demikian, para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati kerana kami menjangkakan harga akan berdagang dalam pasaran yang tidak menentu pada hari ini.

Tahap Teknikal Urusniaga Harian:

R3: 1.5458 R2: 1.5098 R1: 1.4731 PP: 1.4371 S1: 1.4004 S2: 1.3644 S3: 1.3277