Analisis Emas untuk 22 Jun , 2016

Sebagaimana analisis kami yang terdahulu, emas telah berdagang dalam aliran menurun. Seperti yang saya jangkakan, harga dilihat telah menguji tahap $ 1,261.08 pada jumlah yang tinggi. Analisis dari semalam masih aktif dan ia adalah baik setakat ini. Saya mendapati bahawa terdapat 'sell-off' pada jumlah sebelum ini, yang merupakan isyarat bahawa tawaran membeli kelihatan sangat berisiko dan peluang jualan adalah lebih baik. Menurut carta 4H, terdapat ujian lanjutan Fibonacci 100% pada harga $ 1,262.00. Jika harga berjaya menembusi tahap $ 1,262.00 pada jumlah yang tinggi, maka kita berkemungkinan akan melihat kesinambungan pergerakkan penurunan harga dan ujian harga yang berpotensi pada tahap $ 1,240.00.

Titik Pangsi Fibonacci Harian:

Tahap Rintangan:

R1: 1,287.90

R2: 1.294.50

R3: 1,304.90

Tahap Sokongan:

S1: 1,266.80

S2: 1,260.30

S3: 1,249.70

Cadangan Perdagangan untuk hari ini: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila membeli Emas dan perhatikan peluang jualan yang berpotensi semasa penarikan semula harga.